Tuesday, June 7, 2011

Hukum memakai memakai celak mata?

Harus berdasarkan hadith-hadith berikut:-

  • Dikeluarkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a, katanya:” Adalah di sisi Nabi s.a.w bekas celak, Baginda s.a.w bercelak daripadanya 3 kali bagi setiap mata”
  • Daripada Ibnu Abbas juga katanya:-
         Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam,  
         ia mengelokkan pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)”.
  • Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya. Daripada Abu Hurairah r.a, Katanya:

         Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah
         ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan            
         kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya”.
  • Dapat difahami dari hadith-hadith di atas Harus menggunakan celak mata baik kaum lelaki dan wanita.

Petikan dari kitab:

المفصل فى أحكام المراة والبيت المسلم في الشريعة الاسلامية.


 Karangan Dr Abd Karim Zaidan Jilid 3 (2607).

Ringkasnya:-
Harus bagi wanita muslimah memakai celak mata ketika keluar rumah kerana ia termasuk dalam perhiasan zahir yang diharuskan penggunaannya. Bahkan di sana terdapat hadith-hadith yang mengharuskan kaum lelaki dan wanita memakai celak mata ketika melakukan ibadat ihram kecuali celak mata berwarna sahaja dimakruhkan ketika ihram.

والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
Pensyarah Akademi Ikatan Muslimin (AIM) Ipoh
Ahli Panel MUIS
~Di petik dari laman web http://muis.ismaweb.net/2010/05/hukum-wanita-pakai-celak-di-luar-rumah/~




No comments :

Post a Comment